ARTIKEL SEMASA

LAWATAN TINJAUAN KESELAMATAN KETUA MENTERI SABAH KE EASTERN SABAH ZONE (ESS ZONE)
PANTAI TIMUR SABAH (05 – 07 Mei 2026) : Yang Amat Berhormat Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Bin Haji Noor Ketua Menteri Sabah ke Zon Selamat Sabah Pantai Timur (ESS Zone) iaitu daerah Sandakan, Lahad Datu dan Semporna. Tujuan lawatan ini adalah bagi memberikan pendedahan secara fizikal berkenaan keadaan status keselamatan di Sabah khasnya di ESS Zone secara lebih spesifik. Lawatan ini juga adalah bagi menilai dan memperkukuh situasi semasa keselamatan dan serta kestabilan pembangunan sosio ekonomi di ESS Zone.

BENGKEL LAMAN WEB RASMI
MENARA KINABALU (28 – 30 April 2026) : Pejabat Bahagian Pengurusan dan Kewangan (BPK), Jabatan Ketua Menteri (JKM) telah mengadakan Bengkel Laman Web Rasmi bersama Pejabat Jabatan teknologi Digital dan Inovasi untuk mewujudkan Laman Web Rasmi Pejabat BPK, JKM yang baharu.

BENGKEL PENGURUSAN ASET ALIH DAN STOR JABATAN KETUA MENTERI 2026
SHERATON KOTA KINABALU (14 – 15 April 2026) : Pejabat Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri telah menganjurkan Bengkel Pengurusan Aset Alih dan Stor Jabatan Ketua Menteri untuk meningkatkan pengetahuan dan kefahaman kakitangan Jabatan dan Pejabat di bawah Jabatan Ketua Menteri mengenai tatacara pengurusan aset alih dan stor kerajaan mengikut peraturan serta garis panduan yang berkuat kuasa. Bengkel ini disampaikan oleh penceramah/fasilitator jemputan pegawai daripada Kementerian Kewangan Sabah.

KURSUS PENGURUSAN REKOD DAN FAIL 2026
MENARA KINABALU (09 – 10 April 2026) : Pejabat Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri telah mengadakan kursus Pengurusan Rekod dan Fail untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran dalam pengurusan fail dan rekod secara sistematik, teratur dan selaras dengan peraturan dan garis panduan yang ditetapkan. Seramai 27 peserta mewakili Jabatan dan Pejabat di bawah Jabatan Ketua Menteri menghadiri kursus tersebut.

MAJLIS RUMAH TERBUKA HARI RAYA AIDILFITRI BAHAGIAN PENGURUSAN DAN KEWANGAN, JABATAN KETUA MENTERI 2026
MENARA KINABALU (28 MAC 2026) : Pejabat Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri menganjurkan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di tingkat 24 Menara Kinabalu. Majlis ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat muafakat dalam kalangan warga kakitangan Penjawat Awam khususnya kakitangan di Menara Kinabalu. Kehadiran tetamu dianggarkan melebihi 300 orang.