LATAR BELAKANG
Bahagian Pengurusan dan Kewangan (BPK) telah ditubuhkan di Jabatan Ketua Menteri sejak penubuhan Kerajaan Negeri Sabah pada 16 September 1963 iaitu tarikh sama penggabungan Negeri Sabah menjadi sebahagian Negara Malaysia. Pada mulanya pejabat ini beroperasi di Bangunan Sekretariat, Sembulan sehingga tahun 1980. Bahagian ini kemudiannya berpindah ke Yayasan Sabah yang ketika ini dikenali sebagai Menara Tun Mustapha.
Bahagian Pengurusan dan Kewangan berperanan sebagai agensi yang mengendalikan perkara berhubung dengan Pengurusan Kewangan bagi semua agensi yang diletakkan di bawah Jabatan Ketua Menteri dan memberikan perkhidmatan yang diperlukan oleh setiap agensi tersebut.
Bahagian Pengurusan dan Kewangan kini diketuai oleh seorang Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) dan dibantu oleh Penolong Setiausaha Kanan serta tiga (3) Penolong Setiausaha yang mewakili tiga (3) Seksyen iaitu Seksyen Pentadbiran, Seksyen Kewangan dan Seksyen Pembangunan.