VISI, MISI & OBJEKTIF
VISI
Menyediakan perkhidmatan pengurusan kewangan yang berkualiti, cekap dan berintegriti selaras dengan aspirasi perkhidmatan awam Negeri Sabah.
MISI
- Memastikan peruntukan yang mencukupi untuk membiayai perbelanjaan operasi dan Pembangunan Jabatan/Agensi di bawah Jabatan Ketua Menteri mengikut Tatacara Kewangan Negeri selaras dengan Amalan Jimat Cermat;
- Mengawal dan memantau prestasi perbelanjaan Jabatan/Agensi di bawah Jabaran Ketua Menteri serta memastikan aktiviti pengurusan dan aktiviti kewangan dikendalikan dengan teratur dan berkesan;
- Memastikan semua anggota kerja di Bahagian Pengurusan dan Kewangan mestilah terdiri daripada anggota kerja yang mahir, cekap, berilmu dan sentiasa meningkatkan kualiti kerja.
OBJEKTIF
Memastikan visi dan misi tercapai selaras dengan peraturan, tatacara kewangan serta pekeliling perkhidmatan yang berkuatkuasa.