088 369 000 bpk.jkm@sabah.gov.my

PERUTUSAN KETUA PENOLONG SETIAUSAHA

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam Malaysia Madani dan Salam Sabah Maju Jaya.

Selamat datang diucapkan ke Laman Web Rasmi Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri. Laman ini diwujudkan sebagai medium penyampaian maklumat yang telus, cepat dan mudah diakses oleh semua pihak khususnya pelanggan, rakan strategik serta warga jabatan.

Sejajar dengan perkembangan teknologi maklumat, jabatan komited untuk memperkukuh penyampaian perkhidmatan melalui platform digital yang lebih interaktif dan mesra pengguna.

Kami sentiasa berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan dengan menekankan prinsip kecekapan, integriti dan profesionalisme. Pelbagai inisiatif telah dirancang dan dilaksanakan bagi memastiikan penyampaian perkhidmatan yang lebih efektif, selaras dengan dasar serta asprirasi Kerajaan dalam memperkasa sistem penyampaian perkhidmatan awam negeri.

Melalui laman web ini, para pengunjung boleh mendapatkan maklumat berkaitan fungsi jabatan, perkhidmatan yang ditawarkan, pengumuman terkini serta aktiviti yang dilaksanakan. Kami juga amat mengalu-alukan sebarang cadangan dan maklum balas bagi membantu kami menambah baik mutu perkhidmatan dari semasa ke semasa.

Akhir kata, saya berharap laman web ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh semua pihak. Terima kasih atas sokongan berterusan anda terhadap usaha jabatan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik.

Sekian, terima kasih.

Hj. Mohd Fauzi Bin Norbeh

Ketua Penolong Setiausaha
Bahagian Pengurusan dan Kewangan

wpChatIcon
wpChatIcon