PIAGAM PELANGGAN
Komitmen kami selaku warga Bahagian Pengurusan dan Kewangan, Jabatan Ketua Menteri :
-
- Memberi layanan yang mesra, perkhidmatan yang cekap dan tepat.
- Memproses semua pembayaran dan pengeluaran Waran Peruntukan Perbekalan dalam tempon tiga (3) hari bekerja tertakluk kepada kelulusan serta dokumen-dokumen sokongan lengkap dan teratur.
- Memproses semua pembayaran dan pengeluaran Waran Peruntukan Pembangunan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Mengeluarkan Waran Perjalanan Udara (WPUA / ATR) dengan serta merta tertakluk kepada kelulusan E-IZIN.
- Permohonan penyelenggaraan / pembaikan peralatan mesin diproses dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.
- Memproses permohonan kelulusan Pembaikan kenderaan Kerajaan dalam tempoh tiga (3) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima.